AMERICAN MUSIC AWARDS- taylor swift ;)









Penyanyi country terkenal, Taylor Swift dinobat sebagai Artis Tahunan buat kali ketiga di American Music Awards 2013 (AMA 2013) yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles pada malam Ahad (waktu tempatan).
Pelantun lagu "We Are Never Ever Getting Back Together" ini menewaskan calon yang lain iaitu Macklemore & Ryan Lewis, Rihanna, Bruno Mars dan Justin Timberlake.
"Nombor bertuah saya adalah 13 dan sehingga sekarang, anda semua telah menjadikan 2013 sebagai tahun yang paling indah buat saya. Saya berusia 23 tahun dan saya tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada saya. Saya sayangkan anda semua. Sukar untuk saya percaya," ujarnya ketika memberi ucapan.
Selain Artis Tahunan, Swift turut membawa pulang trofi kategori Artis Wanita Pop/Rock, Artis Wanita Country dan Album Country untuk "Red".
Selain Swift, Timberlake turut memenangi tiga anugerah iaitu Artis Lelaki Pop/Rock, Artis Lelaki Soul/R&B dan Album Soul/R&B.
Pelantun "Diamonds", Rihanna menerima Anugerah Ikon yang julung kali diberikan dan ia dipersembahkan oleh ibunya sendiri, Monica Braithwaite.
AMA 2013 dimulakan dengan persembahan bertenaga Katy Perry yang mempersembahkan lagu single terbarunya, "Unconditionally" yang dipetik dari album terbarunya, "Prism".
Selain daripada Perry, Timberlake, Ariana Grande, One Direction, Imagine Dragons, Lady Gaga, Miley Cyrus, Jennifer Lopez, Kendrick Lamar, A Great Big World dan Christina Aguilera turut mengadakan persembahan.
Kumpulan wanita R&B popular, TLC bergandingan semula mempersembahkan lagu "Waterfalls" selepas hampir dua dekad album "Crazy Sexy Cool" diriliskan

0 komentar:

Posting Komentar